Wednesday, 28 October 2015

Apa Itu Gaharu

 Gaharu atau Agarwood adalah wangian hebat di raja, wangian kesukaan Rasulullah SAW dan mempunyai khasiat perubatan dan ia sangat dibenci oleh jin. Daunnya boleh dibuat sebagai teh gaharu, kayunya sangat wangi

Video Promo MRSOL



Gaharu dan Wangian Gaharu

Gaharu adalah kayu berwarna kehitaman dan mengandung resin khas yang dihasilkan oleh sejumlah spesies pohon KARAS dari marga/genus Aquilaria, terutama A. malaccensis. Resin ini digunakan dalam industri wangi-wangian (parfum dan setanggi) karena berbau harum. Ianya adalah tindakbalas semulajadi terhadap kecederaan atau jangkitan yang berlaku kepada pokok karas tersebut.

 Teras Gaharu (Resin)

Teras Gaharu Yang Sudah Diasingkan


Minyak Gaharu Asli Yang Sudah Diproses

Gaharu sejak awal era moden (2000 tahun yang lalu) telah menjadi komoditi perdagangan dari Kepulauan Nusantara ke India, Persia, Jazirah Arab, serta Afrika Timur.

Sejarah Gaharu


GAHARU adalah sejenis damar yang terbentuk secara semulajadi akibat dari kesan serangan fungus atau bakteria terhadap proses tumbesaran Pokok Karas. Apabila Pokok Karas diserang oleh fungus semulajadi, ianya menyebabkan Pokok Karas terpaksa menyebarkan minyaknya bagi melindungi bahagian yang diserang, lokasi serangan semulajadi ini boleh sahaja terkena pada lokasi seperti:
- akar pokok gaharu
- batang pokok gaharu
- dahan ranting pokok gaharu
- dan apa sahaja yang berkaitan pokok gaharu yang tercedera

NOTA: sebaran minyak ini lama-kelamaan akhirnya menjadilah ianya cecair yang mengeras, minyak yang dah keras inilah dinamakan damar atau resin.

                              Rahsia Pati Minyak Gaharu

Minyak yang keras tersebut adalah resin atau damar. Inilah yang dinamakan pati minyak. Pati minyak yang disedut secara halus (diekstrak) daripada Pokok Karas pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi, sebagai contoh (minyak attar), iaitu contoh minyak wangi berasaskan air tetapi mengandungi pula minyak ekstrak dari Pokok Karas. Wangian inilah yang sudah lama digunakan oleh bangsa Melayu sejak ribuan tahun dahulu oleh semua waris Raja-Raja Melayu merentasi semua tamadun di Nusantara ini. 

Maka terhasilnya apa yang anda dengar hari ini sebagai Wangian Gaharu sehingga masih lagi dipakai oleh orang-orang Melayu sejak dari ribuan tahun dahulu sehinggalah ke hari ini, bahkan orang-orang Arab juga sangat suka kepada Gaharu.

No comments:

Post a Comment